Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad
Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
1
مَنْظُومَة عَقِيْدَةِ العَوَامِ
Manzumah ‘Aqidatul ‘Awam نظم الشيخ
أحمد المرزوقي المالكي
Susunan Asy-Syeikh Ahmad
Al-Marzuqi Al-Maliki 01Saya mulakan penulisan nazam ini dengan
Nama Allah , Yang Maha
Pemurah dan Yang Maha Pengasih yang selalu menganugerahkan kebajikan. 02 Segala puji bagi Allah ; Yang Qadim, Yang Awal (tanpa
permulaan), Yang Akhir (tanpa penghujung), Yang Kekal Abadi tanpa perubahan. 03 Seterusnya, semoga rahmat dan
kesejahteraan Allah
sentiasa
terlimpah ke atas Nabi J; sebaik-baik insan yang mengesakan
Allah . 04Dan juga keluarganya, para sahabatnya
dan orang yang mengikuti jalan agama yang hak tanpa di tambah-tambah. 05 Selanjutnya, ketahuilah dengan yakin
bahawa Allah
itu
mempunyai 20 sifat yang wajib.
2
06 Iaitu Allah itu (1) Maujud (ada), (2) Qadim
(telah ada sebelum adanya segala sesuatu), (3) Baqii (kekal abadi
tanpa akhir), (4) Mukhaluful Lil Khalq (bertentangan dengan makhluk)
secara mutlak. 07 (5) Qaim (berdiri dengan sendiri
tidak memerlukan bantuan sesiapa) Yang Maha Kaya, (6) Waahidun (Yang
Maha Esa), (7) Hayyun (Yang Maha Hidup tidak akan mati), (8) Qaadirun
(Yang Maha Berkuasa), (9) Muriidun (Yang Maha Berkehendak), (10) ‘Aalimun (Yang Maha Mengetahui) segala sesuatu. 08 (11) Samii’
(Yang
Maha Mendengar), (12) Bashiir (Yang Maha Melihat), (13) Mutakallim (Maha
Berbicara), Allah
juga
mempunyai 7 sifat yang teratur. 09 Iaitu (Sifat Ma’ni): (14) Qudrah (Berkuasa),
(15) Iradah (Berkehendak), (16) Sama’
(Mendengar),
(17) Bashor (Melihat), (18) Hayaat (Hidup), (19) Al-‘Ilmu (Berpengetahuan), (20) Kalaam (Bercakap)
secara terus menerus. 10 Dengan kurniaan dan keadilanNya, Allah memiliki Sifat Harus, iaitu harus
Dia melakukan segala sesuatu atau meninggalkannya. 11 Allah telah mengutus para nabi yang memiliki 4
sifat yang wajib, iaitu: (1) Fatonah (cerdik), (2) Siddiq (jujur), (3) Tabligh
(menyampaikan), (4) Amanah (dipercayai). 12Sifat yang harus bagi mereka ialah
kebiasaan yang berlaku kepada manusia biasa tanpa mengurangi kedudukannya
sebagai nabi seperti mengalami sakit yang ringan. 13 Sifat maksum mereka (mendapat
perlindungan Allah
daripada
melakukan dosa) seperti juga para Malaikat, adalah wajib. Bahkan, para Nabi
lebih utama daripada para Malaikat. 14 Dan Sifat Mustahil, adalah lawan
semua sifat yang wajib. Maka wajiblah kamu menghafal 50 sifat ini.
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad
Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
3
15Wajib bagi mukallaf meyakini dan
berusaha mengetahui 25 nama Rasul yang disebut di dalam Al-Qur’an secara
terperinci. 16Mereka ialah (1) Adam , (2) Idris , (3) Nuh , (4) Hud beserta, (5) Soleh dan, (6) Ibrahim yang masing-masing wajib diikuti. 17Seterusnya, (7) Luth , (8) Isma’il dan, (9) Ishaq . Begitu juga (10) Ya’qub , (11) Yusuf dan, (12) Ayyub yang mengikut jejak langkah para nabi
sebelumnya. 18 (13) Syu’aib , (14) Harun , (15) Musa , (16) Alyasa’ , (17) Zulkifli , (18) Daud , (19) Sulaiman yang selanjutnya. 19(20) Ilyas , (21) Yunus , (22) Zakaria , (23) Yahya , (24) ‘Isa dan, (25) Thoha j sebagai
nabi penutup dan tinggalkanlah kecenderungan kepada kesesatan. 20 Semoga rahmat dan kesejahteraan daripada
Allah
terlimpah
ke atas mereka dan keluarga mereka sepanjang masa. 21 Ketahuilah, bahawa Malaikat itu tidak
mempunyai ayah dan ibu, tidak makan, tidak minum dan tidak juga tidur. 22 Perincian bilangan mereka adalah 10,
iaitu (1) Jibril , (2) Mikail , (3) Israfil , (4) ‘Izrail . 23 (5) Munkar dan, (6) Nakir , (7) Raqib dan jua, (8) ‘Atid , (9) Malik dan seterusnya, (10) Ridhwan . 24 Terdapat 4 buah Kitab Suci yang
diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia. Secara terperincinya ialah Taurat
yang diturunkan kepada Nabi Musa .
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad
Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
4
25Zabur diturunkan kepada Nabi Daud , Injil diturunkan kepada Nabi ‘Isa
dan Al-Furqan
(Al-Qur’an) diturunkan kepada sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad j).
26 Dan Suhuf (lembaran-lembaran
suci) diturunkan kepada Al-Khalil (Nabi Ibrahim ) dan Al-Kalim (Nabi Musa ). Di dalamnya, terdapat fiirman-firman
yang penuh hikmah kepunyaan Tuhan Yang Maha Mengetahui. 27 Segala yang dibawa oleh Rasulullah j,
maka wajiblah ke atas mukallaf tunduk, patuh dan menerimanya, 28 Wajib bagi kita mengimani kedatangan Hari
Akhirat (Hari Kiamat) dan semua kejadian yang mengajaibkan. 29 Inilah ialah penutup yang akan disebut
mengenai perkara yang wajib dipercayai dan diimani oleh mukallaf. 30 Iaitu, Nabi kita Muhammad j yang
telah diutuskan kepada seluruh alam sebagai rahmat dan kurniaan Allah . 31 Ayahandanya ialah ‘Abdullah ibn ‘Abdul
Muththolib ibn Hasyim ibn ‘Abdu Manaf yang berhubungan nasab. 32 Manakala bondanya ialah Aminah dari suku
Zuhrah. Baginda j disusui oleh Halimah dari suku Sa’ad. 33 Tempat kelahirannya ialah di Makkah yang
aman, dan Baginda j wafat di Toibah Madinah Al-Munawwarah. 34 Baginda j
mendapat
wahyu ketika genap berusia 40 tahun. Baginda j
wafat
ketika usianya lebih dari 60 tahun (yang masyhur pada usia 63 tahun).
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad
Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
5
35Perlu kita fahami, bahawa putera dan
puteri Baginda j seramai 7 orang; 3 orang daripada mereka
ialah lelaki. 36Iaitu (1) Qasim, (2) ‘Abdullah yang
digelar dengan Toyyib (ertinya baik) dan Tohir (ertinya suci). 37Berikutnya, (3) Ibrahim yang lahir dari
hamba perempuan, maka bondanya ialah Mariyah Al-Qibtiyyah (Mariyah dari bangsa
qibti di Mesir). 38 Selain Ibrahim, kesemuanya lahir dari
Khadijah, mereka seramai 6 orang, maka kenalilah mereka dengan perasaan kasih
yang berpanjangan. 39Disebutkan, 4 daripadanya ialah
perempuan. Semoga mereka semua mendapat keredhaan Tuhanku. 40(4) Fatimah Az-Zahra’ suaminya ialah
Imam ‘Ali
dan
kedua puteranya (Hasan
dan
Husain ) merupakan cucu
Rasulullah j yang keutamaan mereka sudah cukup jelas.
41 Kemudian (5) Zainab, selepasnya (6)
Ruqayyah dan (7) Ummu Kaltsum, wanita yang suci lagi sentiasa penuh redha. 42 Hendaklah kita mengetahui, bahawa isteri
Al-Mustofa j (Nabi pilihan) sesudah kewafatannya
seramai 9 orang, iaitu wanita-wanita yang diberi pilihan untuk memilih antara
perhiasan dunia dan syurga, maka mereka memilih Al-Muqtafa j (Nabi
yang diikuti). 43(1) ‘Aisyah, (2) Hafsah, (3) Saudah, (4)
Sofiyyah, (5) Maimunah dan (6) Ramlah. 44 (7) Hindun, (8) Zainab demikian juga (9)
Juwairiyyah. Mereka adalah ibu-ibu yang diredhai bagi orang-orang yang beriman.
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad
Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
6
45 Hamzah adalah bapa saudara Nabi j dan
‘Abbas juga bapa saudara Nabi j (sebelah
ayahanda Baginda j), sedangkan ibu saudara Nabi j (sebelah
ayahanda Baginda j) adalah Sofiyyah yang patuh kepada
Allah dan RasulNya. 46Sebelum Nabi j berhijrah,
Baginda j telah diisra’kan (diperjalankan) pada
waktu malam atas kehendak Allah dari
Makkah ke Baitul Maqdis yang sama-sama sudah diketahui. 47 Sesudah Isra’, Baginda j dimi’rajkan
(naik) ke langit atas kehendak Allah hingga
Baginda j melihat Tuhannya dan saling berbicara. 48Tidak membayangkan bagaimana caranya
dengan gambaran yang sempit, Allah mewajibkan
kepada Baginda j (dan kepada umatnya) kefardhuan solat 5
waktu, setelah sebelumnya difardhukan 50 waktu. 49Peristiwa Isra’ itu telah disampaikan
kepada umatnya termasuk kewajipan melaksanakan solat 5 waktu tanpa diragukan lagi.
50 Maka beruntunglah Sayyiduna Abu Bakar
Ash-Shiddiq
kerana
mempercayai Baginda j, dan dengan peristiwa Mi’raj dia
menyetujui dan membenarkan Baginda j. 51 Inilah ‘aqidah yang ringkas dan mudah
yang sesuai bagi orang-orang awam. 52 Penyusun ‘aqidah ini ialah Ahmad
Al-Marzuqi
yang
berhubungan nasabnya (silsilahnya) dengan Rasulullah j.
53 Segala puji bagi Allah , rahmat dan kejahteraan ke atas Nabi j,
sebaik-baik insan yang telah mengajar ‘aqidah ini. 54 Demikian juga ke atas keluarga,
sahabat-sahabat dan setiap orang yang memberi petunjuk, dan setiap orang yang
telah mengikut petunjuk itu dengan baik.
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad
Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki
7
55 Saya memohon ke
hadhrat Tuhan Yang Maha Pemurah, keikhlasan beramal dan semoga ia bermanfaat
bagi orang-orang yang mengamalkannya. 56 Bilangan bait nazam ini sebanyak 57 bait
mengikut bilangan huruf Maizun, dan kiraan ketentuan penanggalannya
disesuaikan bilangan huruf Li Hay Ghur iaitu, 30/10/1218 H. 57 Saya menamakan nazam
ini dengan ‘Aqidatal ‘Awam yang wajib diyakini dalam urusan agama secara
sempurna bagi orang awam, iaitu orang yang baru dalam tahap permulaan belajar.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas
Junjungan kita Muhammad j, keluarganya dan para sahabatnya.
0 Komentar